THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Saturday, October 10, 2009

BAGAN PINANG....

Hari ini akan menentukan samada PR mampu atau tidak membuat kejutan bagi menumbangkan BN di DUN Bagan Pinang yang semua sudah maklum ianya merupakan DUN yang paling besar jumlah pengundi pos (lebih 95%) iaitu 4,604 pengundi. Jumlah peratus pengundi mengikut kaum ialah,


19.9% - India
10% - Cina
70% - Melayu ( 32% adalah pengundi pos)
Nampaknya BN lebih sukar untuk mempertahankan kerusi disana pada PRK kecil kali ini. Kebanyakan pemerhati politik memberikan peluang kedua-dua pihak sehingga semalam adalah 50 : 50. Bagi pemerhati yang pro - BN pula, mereka memberikan kemenangan kepada calon UMNO dengan majoroti 600 - 1000 undi.

Ketua Jawatankuasa Strategi dan Culaan PKR, Fuziah Salleh (Ahli parlimen PKR Kuantan) pula telah menjalankan culaan di semua 8 daerah mengundi termasuk kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina.

Mengikut culaan yang dibuat oleh pasukan beliau itu, UMNO mendahului dengan majoriti tipis iaitu 51% berbanding dengan 49% untuk PAS. Dengan itu, beliau optimis bahawa PR mampu merapatkan jurang yang tipis tersebut dan ada kemungkinan PR boleh melakukan kejutan dengan menumbangkan calon BN.

0 comments: